Sunday 30 September 2012

01 Oct 2010 ~ 01 Oct 2012

IT SHOULD BE MY SPECIAL DAY....BUT... 

Everday I put on a smile & a fake face. I go to work, I laugh & learn. Home calls me at the end of the day, I work and act normal. But when im alone and my true self, I find that none of these things are true. Inside, the real me is cold and dark. I have no thoughts of light or happiness, everything is gone and i cant feel or think. I tried to ignore all the pain & hurt. I tried to jst be happy and free But the dark clouds pulled me down & consumed my heart into destruction... 


" I MISS HIM ON OUR SPECIAL DAY.... :( "

Ku akui by Hafiz AF7 (layan lirik)

Lirik Lagu Ku Akui - Hafiz AF7

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya mu laluinya
Ku akui

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

oooooooo...Wow

Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi...

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Saturday 29 September 2012

Risau..

Assalamualaikum..
Risau hati seorang isteri bila dengar keadaan suami yg kurang sihat apatah lagi bila berada jauh di negeri orang..
Dalam hati berkata "kenapalah time abg x sihat, syg xde kat sisi abg"..
Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa kepada Allah SWT di setiap sujud saya padaNya agar Allah sembuhkan suami saya, berikan kesihatan yang baik padanya supaya dia dapat menjalankan pekerjaaan dengan sempurna keranaMu Ya Allah... Kau lindungilah suamiku dimana saja dia berada.. Semoga suami saya kuat dan tabah di sana..

Amin Ya Rabb..

"Sakit itu penghapus dosa jadi sentiasalah bersyukur dengan apa sahaja dugaan oleh Allah SWT"

Thursday 27 September 2012

A lil' bit dissapointed but, Alhamdulillah.... Tq Allah ...

Assalamualaikum w.b.t…

Apa yang anda rasa apabila anda telah mencurahkan seluruh usaha, masa dan tenaga untuk sesuatu, tetapi akhirnya hasil yang anda peroleh kurang memuaskan, mengecewakan dan tidak dihargai? Sudah tentu perasaan letih, penat, kecewa dan putus asa akan muncul waktu itu. Rasa penat kerana usaha dan masa yang dikorbankan terasa tidak setimpal dengan hasil. Rasa sedih, kecewa dan putus asa kerana tenaga yang telah dihabiskan terasa tidak berbaloi dengan apa yang anda harapkan. Lain yang dipinta, lain pula yang dapat.

Saya pernah terbaca kata-kata ini, “Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan”. Ingatlah, sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita belum nampak lagi hikmahnya sekarang. Doa kita belum lagi dimakbulkan Allah mungkin kerana masanya belum sesuai. Ada tiga cara Allah perkenankan doa hamba-Nya:
  • Allah memakbulkan doa hamba-Nya secara terus.
  • Allah lambat memakbulkan doa kerana ingin menguji hamba-Nya.
  • Allah tidak memakbulkan doa tersebut kerana Dia ada sesuatu yang lebih baik buat kita.

Jadi, sentiasalah berbaik sangka dengan Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Teruslah berusaha dan berdoa. Kemudian, bertawakkallah kepada-Nya.

Dan bila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila dia meminta kepada-Ku. Sebab itu, perkenankanlah seruan-Ku dan berimanlah kepada-Ku, supaya mereka berjalan lurus”.
(Al-Baqarah: 186)

'ABANG, MAAFKAN SAYANG KALAU BUAT ABANG KECEWA SEBAB SAYANG SENDIRI LAGI RASA KECEWA TAPI KITA BERUSAHA, ALLAH YANG TENTUKAN SEGALANYA..KITA CUBA LAGI YER SYG... SAYANG ABANG'

Wednesday 26 September 2012

Suara Hati AFBA (Ahmad Fazlan Bin Ali)

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Hari ni terjaga awal plak seawal 5.30pg n trus takleh tido...
Oh ya, sebelum tu, Terima Kasih Allah kerana beri hambaMu ini peluang untuk terus hidup di bumi Mu ini..
Alhamdulillah...
Berbalik pada cite asal, so, kalo dh celik mata tu, trus la teringat suami yang jauh dimata...
Whatsapp je la yang jadi penghubung antara saya dan suami kalau dia berada di tengah laut Labuan...
Suami pun balas agak lambat wpon dia dh lebih dlu on whatsapp dia.. keje awal pagi la katakan..
Its ok, sayang faham... :))
Usai solat subuh, tengah bersiap nak pergi kerja, dapat balasan dari suami...
Tapi kali ni agak menyentuh perasaan saya dan buatkan saya rasa sebak + terharu + risau...
walaupun nampak mcm biasa dan simple, tapi bagi seorang isteri yang jauh mcm saya, ia sesuatu yang sangat berharga...
Teks nya mcm ni...


Buat suami saya Ahmad Fazlan Bin Ali, abang sentiasa ada dalam setiap doa sayang setiap hari.. 

Ya Allah , Tuhanku yang sempurna…
dengan segala kerendahan hati dan segala kekuranganku  sebagai umatmu, aku memohon denganMu….Lindungilah suamiku yang jauh di luar sana….
Dia suamiku yang sedang berjuang di jalan yang halal untuk mencari nafkah bagi ku insan yang dia sayangi…
Aku punya rasa risau , Ya Allah… 
Kerisauan yang sangat2…yakni ketakutanku bila dia terlalu lelah, 
ketakutanku kepada dia yang tak lagi merasakan sakit demi memenuhi tugasnya dalam niat mencari rezeki bagi apa yang akan kami makan, kelak apa yang akan kami pakai untuk pendidikan anak-anak kami di masa depan, insyaAllah….
Ya Allah Ya Tuhanku yang sempurna,
Limpahkanlah segala kekuatan padanya, saat aku jauh tidak bisa melayaninya dalam segala hal samaada dalam waktu sihat dan sakit…
Limpahkanlah kesihatan padanya saat dia sibuk dalam tugasnya, 
penuhilah dengan kesabaran di hatinya saat kecewa memenuhi dadanya, lelapkanlah dalam tidur semasa rehatnya..
Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikanlah kami orang-orang sabar kala kau tengah menguji kami, dan jadikanlah kami orang-orang yang pandai besyukur dalam segala berkat-Mu…
dalam heningku, Ya Allah, 
segeralah kumpulkan kami kembali dalam cinta-Mu, jadikanlah kami keluarga yang mampu memancarkan kesempurnaan-Mu pada orang-orang di sekitar kami…
Ku memohon padaMu, kuatkan lah hati kami, cinta kami dalam meneruskan kehidupan dalam sebuah keluarga yang harmoni dan yang benar ke JalanMu Ya Allah..
Kuatkan iman kami dalam meneruskan cabaran dan dugaan hidup ini..
Ampunkan segala dosa lalu kami samaada yang besar mahupun yang kecil..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dari Mu kami datang dan KepadaMu jua kami kembali..
Amin Ya Rabbal Alamin..

"Sayang CINTA Abang sampai akhir hayat Sayang"




Amalan 8P... jom amalkan

Amalan 8P-  Uztazah Siti Nur Bahyah
  1. P yang pertama ialah puji iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. P kedua ialah peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah penghargaan di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
  5. P seterusnya mewakili ‘persefahaman‘ kerana kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. satu lagi P adalah percutian di mana artis perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
  7. P selanjutnya membawa maksud pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  8. P yang terakhir ialah permohonan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga”
Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
[31] Al-Imran
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[200] Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'I'LL TRY MY BEST TO LOVE U MORE N MORE TILL MY LAST BREATH'

Tuesday 25 September 2012

Lets Do it everyday.. SOLAT SUNAT DHUHA


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday 24 September 2012

Selamat bekerja suamiku...


Ya Allah.. Lindungilah suami hamba yg sedang menuju tempat ia bekerja, berilah ia rizki yg banyak, halal lg berkah. Mudahkanlah segala usahanya. Jadikanlah ia pemimpin yg mampu membawa kami menuju jalan yg Kau ridhoi.. Yaa Allah catatlah sebagai pahala atasnya segala usaha yg ia lakukan dlm mencari nafkah bg kami. Yaa.. Robana.. Lindungi ia dlm perjalanan kembali kerumah.. Amin...

Sunday 23 September 2012

JANJI TINGGAL JANJI (KRU) ...layan jap (T__T)




Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua...
Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku...
Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya didada
Melihat kau bersama dirinya
*Chorus:
Gadisku... yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai
Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku... kerna mu
Kau pernah berkata
Cintamu adalah selamanya
Rambulan menjadi saksi
Janji tinggal janji
Kata pada diri ini
Di mana kan ku cari ganti
Gadis seistimewa
Senyumanmu penawar... hati duka
Takkan ku rayu
Kembali padaku
Walau dihatiku
Terasa rindu
Beratnya dimata, sebaknya didada
Mengapa sanggup diriku kau luka
*Repeat Chorus:
Hey gadis... Kadang kala ku terfikir sendiri
Dimanakah kesilapan ku?
Semakin ku cuba, semakin jauh kau dari ku
jauh dari ku...
Beratnya dimata, sebaknya didada
Mengapa sanggup diriku kau luka
Gadis... yang ku pinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersama lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai
Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku... kernamu...

Jangan Lafazkan (KRU)

Jangan lafazkannya 
Hasrat di jiwa 
Oh kerana ia kan menambah luka 
Biar ku sendiri mengubati hati 
Jangan lafaz kau sudah membenci 

Ku tahu dari gerak geri mu 
Adanya sesuatu Mengganggu fikiranmu 
Ku tahu kau tak seperti dulu 
Masa telah mencemar Kemesraan kita 

Ku sedar sinaran kian pudar 
Hati semakin tawar 
Menguji kesabaran 

Namunku sukar 'tuk melepaskan 
Andainya kau ingin pergi 
Tunai permintaan ini... 

Jangan lafazkannya 
Hasrat di jiwa 
Oh kerana ia hanya menambah luka 
Biarku sendiri mengubati hati 
Jangan lafaz kau sudah membenci 

Tak ingin kucuba 'tuk mengerti 
Berdepan realiti 
Kau tak cintai lagi 
Tak ingin tahu apa terjadi 

Kau dah punya pengganti 
Biarku butakan hati 
Janganlah lafaz apa yang kau rasa 
Kerana semua sudah ku baca 
Tak usah kau ucap "selamat tinggal" 
Pergilah...jangan kau lafazkan 

Jangan lafazkannya 
Hasrat di jiwa 
Oh kerana ia hanya menambah luka 
Biar ku sendiri mengubati hati 
Jangan lafaz kau sudah membenci 

Jangan lafazkannya 
Apa yang kau rasa 
oh kerana ia hanya menambah luka 
Biar ku sendiri mengubati hati 
Jangan lafaz kau sudah membenci

Doa Isteri buat Suami Tersayang


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi dan disayangi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami......

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..