Thursday 20 September 2012

Jom lembutkan hati...

Assalamualaikum,


Apa kata tingkatkan tahap kesabaran kita, Insyaallah perasaan cemburu takkan bertahta di hati kita, Jadikan ianya sebagai amalan hari, kalu x sembahyang pun boleh amalkan, sebagai zikir, atleast fikiran kita x memikirkan perkara yg remeh temeh.

Memanglah kalau boleh tak nak gaduh2 kan, bukanlah bermakna baik sgt, tapi biasa2 jer tak bermusuhan. Diharap kita bersabar dgn kerenah2 yg timbul, anggaplah ni dugaan utk kita dariNya.


DOA PELEMBUT HATI



Wahai Tuhan yang Maha Pelembut.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang
Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa ( Asy Syuura –ayat 19(42))


Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

(ALI’IMRAN- 200 ( 3) )
CARA BER’AMAL


1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini.

Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu.


2. Baca pada waktu malam semasa suami nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah:-
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri.
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
� Ya Allah lembutkanlah hati suamiku
iii. Kemudian baca doa di atas.
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada suami.


v Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah.

v Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.




DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI



1. Untuk melembutkan hati orang.



a. Istighfar 3 x

b. Niatkan dalam hati : Ya Allah lembutkan hati Org yg berkenaan dan berilah taufik hidayah kepadanya.
c. Bacalah doa ini:-
kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah org. yg. berkenaan dan tiup pada tengkuknya 3 x.
‘ Amalkan setiap lepas solat fardhu.

No comments:

Post a Comment